Tips Memilih Warna Baju Bersesuaian dengan Tona Kulit

Anda pasti pernah mengalami kesukaran untuk memilih baju sama ada di kedai pakaian mahupun di rumah.

Lagi-lagi apabila anda sudah membuat janji temu bersama orang tersayang.

Sebenarnya, pemilihan pakaian adalah sangat penting dalam menentukan penampilan diri seseorang.

Sebagai contoh, warna baju yang cerah seperti kuning atau pastel melambangkan personaliti seseorang yang lembut dan ceria.

Jadi, apakah langkah-langkah yang betul dalam menentukan warna baju yang bersesuaian dengan tona kulit?

Teruskan membaca artikel ini supaya anda membuat pilihan yang lebih bijak sebelum membeli pakaian.


3 Klasifikasi Tona Warna




Tona warna seperti panas, natural, dan sejuk merupakan 3 klasifikasi utama dalam menentukan pilihan warna baju yang bersesuaian.

Anda boleh melakukan pemeriksaan tona warna di pergelangan tangan. Saluran darah di pergelangan tangan mempunyai dua warna iaitu biru dan hijau.

Saluran darah berwarna hijau menunjukkan tona warna yang panas. Antara pilihan warna yang sesuai untuk tona warna panas ialah merah, coklat, kuning dan juga jingga.

Selain itu, saluran darah berwarna biru merujuk kepada tona warna yang sejuk.

Mereka yang mempunyai tona warna sejuk amat sesuai dipadankan dengan pakaian berwarna ungu, biru, dan hijau.

Individu yang mempunyai tona warna sejuk tidak digalakkan untuk memakai pakaian berwarna cerah. Ini kerana penampilan kulit mereka akan kelihatan pucat.

Terdapat juga individu yang mengalami kedua-dua tona warna ini. Ia dikenali sebagai tona yang natural. Mereka yang memiliki tona warna natural sesuai memakai pakaian daripada pelbagai warna.

Kesimpulannya, tona warna; sejuk atau panas adalah sangat penting sebelum kita membeli pakaian.

Kedua-dua tona warna itu dapat menentukan personaliti si pemakai. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati dalam membuat pemilihan baju.

Anda boleh dapatkan pelbagai warna yang menarik dan bersesuaian dengan tona warna di kedai pakaian Bulan Bintang.

Serlahkan kecantikan anda dengan padanan pakaian yang sesuai dengan koleksi baju-baju yang menarik di Bulan Bintang.