Persiapan Hari Raya Bersama Bulan Bintang

 

Saban tahun, kita menyaksikan kegembiraan membuat persiapan Hari Raya yang merupakan acara tahunan bagi setiap rakyat Malaysia yang menyambutnya.

 

Ia juga membuka ruang yang luas kepada para peniaga bagi merebut peluang menawarkan koleksi pilihan baju raya yang menarik.

 

Sebagai pembeli, anda pasti mencari kelengkapan baju raya tetapi mahu dengan cara yang mudah.

 

Oleh itu, artikel ini akan berkongsi idea untuk memilih baju raya yang bakal melengkapkan hari lebaran anda bersama seisi keluarga.

 

5 Trend Koleksi Baju Raya 2022 Bersama Bulan Bintang

 

Untuk Hari Raya tahun ini, Bulan Bintang telah menawarkan pelbagai koleksi baju raya yang menarik.

 

Pelakon utama drama Pesan Pada Hati iaitu Shukri Yahya dan Nabila Razali merupakan ambassador bagi Bulan Bintang.

 

  1. Baju Melayu Slim Fit

 

Mengetengahkan konsep popular potongan “slim fit”, baju melayu ini direka khas untuk menjaga keselesaan dan kekemasan si pemakai.

 

Kain yang premium, tidak panas, dua hook untuk adjust keselesaan pinggang dan pinggang bergetah cukup selesa untuk anda bebas bergerak tanpa kerisauan.

 

Kelainan yang ditawarkan oleh baju melayu slim fit Bulan Bintang ini ialah mesra wuduk iaitu terdapat zip di kedua-dua lengan.

 

Koleksi ini menjadi pilihan popular para jejaka, jadi tidak hairan kehabisan stok dengan cepat.

 

Jangan risau, walaupun potongan slim fit tetapi saiz yang ditawarkan ada sehingga XXL. 

 

Paling menarik, ada 73 pilihan warna untuk memudahkan anda sedondon bersama seisi keluarga.

 

  1. Baju Melayu Kids

 

Kanak-kanak juga tidak terlepas untuk tampil bergaya dengan design baju melayu yang moden.

 

Diperbuat daripada kain yang tidak mudah panas dan tidak melekat, dengan Baju Melayu Kids pergerakan anak anda pasti tidak terbatas.

 

Ceriakan hari raya anak anda dengan koleksi baju melayu Bulan Bintang yang selesa dan kemas dengan lebih 30 pilihan warna menarik.

 

  1. Kurung Sister Glam

 

Baju kurung adalah pakaian simbolik perayaan Hari Raya para wanita.

 

Setiap tahun, mereka akan menanti koleksi baju kurung yang dipelbagaikan.

 

Seperti Kurung Sister Glam ini, pemakai akan kelihatan cantik dan ayu dengan pelbagai jenis design dan saiz untuk tampil eksklusif.

 

Kain yang sejuk, tidak jarang dan selesa menjamin keselesaan dan keyakinan untuk anda tanpa pergerakan yang terbatas.

 

Dart di belakang dan pinggang berzip dan bergetah menyerlahkan lagi si pemakai dengan gaya yang anggun.

 

Dengan harga mampu milik, baju kurung moden ini juga amat sesuai digayakan untuk hadir ke majlis-majlis yang lain.

 

  1. Kurung Kids Glam

 

Sangat manis dan kemas untuk kanak-kanak mengenakan set Kurung Kids Glam di hari Raya.

 

Set ini adalah sama seperti Kurung Sistem Glam. Untuk dipakai sedondon ibu dan anak.

 

Jahitan kemas beserta sulaman di lengan dan depan baju, manik di hujung lengan dan depan baju sesuai untuk penampilan kanak-kanak.

 

Seperti koleksi Bulan Bintang yang lain, kain yang sejuk, selesa dan tidak jarang pasti melengkapkan hari Raya si pemakai.

 

  1. Kurung Sister Luxe

 

Kurung moden ini pilihan bagi yang mencari baju kurung moden yang selesa dengan material kain lebih kepada cotton kemudian viscose dan sedikit polyester.

 

Kain yang selesa, tidak panas dan tebal mampu memberi keselesaan maksimum.

 

Ditambah pula dengan kain potongan mermaid, dart di belakang dan zip tersembunyi di belakang menambah aura keayuan dan kejelitaan.

 

Kesimpulannya, dengan kepelbagaian corak dan warna baju raya semestinya memerlukan anda membuat pilihan yang berbaloi.

 

Oleh itu, Bulan Bintang menawarkan pilihan baju raya seisi keluarga yang lengkap dan pelbagai bersesuaian dengan trend Raya 2022.

 

Semoga artikel ini membantu memberi idea untuk melengkapkan persiapan Hari Raya dengan lebih bijak.

 

Persiapan hari Raya yang baik memberi memori juga kepada seisi keluarga yang tercinta.

 

Jangan ragu-ragu, Bulan Bintang mementingkan kualiti yang tinggi demi keselesaan si pemakai untuk jangka masa yang lama.

 

Untuk mendapatkan koleksi baju raya Bulan Bintang dengan tawaran harga mampu milik dan selesa, kemas serta cantik layari pautan berikut:

 

Dapatkan Koleksi Baju Raya 2022 Bulan Bintang