Jenis-jenis Baju Melayu Di Malaysia

Pasti anda tertanya-tanya, sebenarnya berapa jenis baju melayu yang ada dalam Malaysia ni. 

Baju Melayu Cekak Musang

Baju Melayu Cekak Musang mendapat namanya melalui kolar lehernya yang tinggi dan ‘mencekak’ tengkuk. Biasanya terdapat lima kancing pada Baju Melayu Cekak Musang; dua di bahagian leher, dan tiga di bawahnya. Baju melayu ini biasa dipakai di Brunei dan ianya juga sering diubah suai untuk mengikuti fesyen terkini dan kelihatan lebih moden.

Baju Melayu Teluk Belanga

Baju Melayu Teluk Belanga (juga dinamakan Baju Melayu Johor) dikenali menerusi lehernya yang disulam ringkas di kelilingnya. Bahagian leher hanya dibelah pendek di hadapan dan ia cuma mempunyai satu butang. Biasanya samping dipakai di bawah baju bagi Baju Melayu Teluk Belanga.

Baju Melayu Batik

Batik merujuk kepada kain yang dicelup dengan warna, biasanya bercorak dengan rekaan design bunga dan daun. Baju batik lelaki seperti jarang direka sebagai baju melayu, sebaliknya dijadikan baju berkolar yang dipakai dengan seluar khususnya sebagai pakaian majlis rasmi atau formal.

Baju Melayu Cheongsam

Rekaan baju melayu cheongsam adalah gabungan design Cina dan Melayu. Keunikan baju melayu cheongsam adalah pada butang mandarinnya yang diperbuat daripada benang khas ataupun kain dan disimpul dengan pelbagai corak seperti bunga atau daun. Baju melayu cheongsam juga biasanya dibelah di bahagian hadapan sehingga ke bawah seperti baju kemeja dan tidak dipakai dengan kain samping.

Baju Melayu Moden

Terdapat beberapa ciri bagi baju melayu moden. Antaranya adalah baju melayu tanpa pesak yang direka supaya baju tersebut tidak kelihatan terlalu longgar dan besar, tetapi sebaliknya kemas dan segak. 

Menjelang musim Raya ni, mesti ramai yang sudah mula mencari baju melayu yang bakal dipakai pada hari Raya nanti.

Jangan lupa ambil peluang beli baju melayu online di Bulan Bintang selagi ada stock!